ARMY Bike Show 2026
ARMY Bike Show 2026
Sempena 1st Anniversary Gathering ADXTG Riders Malaysia (AR-MY) 2026, kami menjemput semua pemilik SYM ADXTG 400 untuk menyertai ARMY Bike Show 2026. Ini merupakan platform untuk mempamerkan hasil modifikasi, kreativiti dan keunikan motosikal anda sambil mengeratkan ukhuwah bersama komuniti ADXTG dari seluruh Malaysia.
Peserta boleh menyertai sehingga 2 kategori bagi setiap motosikal dengan yuran penyertaan RM10 bagi setiap kategori. Penjurian akan dilakukan oleh panel juri yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
Maklumat Program
Tarikh: 4 – 5 September 2026
Lokasi: Laman Ibu, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang
Tarikh Tutup Penyertaan: 25 Ogos 2026
Yuran Penyertaan: RM10 bagi setiap kategori
Kategori Pertandingan
Best Modified
Best Colour
Best Body Sticker
Best Wrap
Best Accessories
Syarat Penyertaan
Terbuka kepada pemilik SYM ADXTG 400.
Setiap motosikal boleh menyertai maksimum 2 kategori.
Motosikal hendaklah berada dalam keadaan selamat untuk dipamerkan.
Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Sertai kami untuk meraikan ulang tahun pertama ADXTG Riders Malaysia (AR-MY) dalam suasana penuh semangat Brotherhood Beyond The Ride, sambil berpeluang membawa pulang hadiah menarik mengikut kategori yang dipertandingkan. Kami nantikan penyertaan anda! ????️????