AR.MY 1st Anniversary Gathering 2026
PENGENALAN
ADXTG Riders Malaysia (AR-MY) 1st Anniversary Gathering 2026 merupakan program himpunan nasional yang julung kali dianjurkan bagi menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal SYM ADXTG 400 dari seluruh Malaysia dalam satu platform yang mengutamakan semangat Brotherhood Beyond The Ride.
Program ini bukan sekadar satu perhimpunan motosikal, malah menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi pengalaman, memperkukuhkan budaya menunggang secara selamat serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti riders tanpa mengira negeri, latar belakang atau pengalaman.
Bertemakan keindahan alam semula jadi di Janda Baik, Bentong, Pahang, peserta akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi suai kenal, camping, barbeque, games, lucky draw, perkongsian ilmu, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti santai yang mampu mewujudkan pengalaman bermakna kepada setiap peserta.
Selaras dengan slogan "Brotherhood Beyond The Ride", program ini turut membuka peluang kepada rakan strategik, penaja korporat dan komuniti motosikal lain untuk bersama-sama menjayakan acara ini serta membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh dalam dunia permotoran Malaysia.
AR-MY 1st Anniversary Gathering 2026 diharapkan menjadi acara tahunan rasmi yang akan terus menyatukan komuniti ADXTG Riders Malaysia dan menjadi platform terbaik dalam mempromosikan budaya permotoran yang positif, berhemah dan bertanggungjawab.
Tagline:
Brotherhood Beyond The Ride
Ride Together • Ride Selamat • Ride Hormat








